DSC07710

Salam Alaik,

Pada hari ahad yang lepas 4hb Oktober 2009, aku dan sekumpulan kawan-kawan kebanyakannya adalah Kolej Islam Darul Ridzuan pelajar baru mengisi masa hari minggu dengan berjalan. Kami satu bas. Sebenarnya ni merupakan kali pertama aku pergi ke Petra. Sedangkan selama dua tahun aku di Jordan, aku tidak pernah lagi jalan-jalan menjelajah Jordan ni yang kaya dengan kesan-kesan peninggalan sejarahnya. Mana tidaknya, selama ni aku hanya berjalan mengisi masa cuti semester dengan berjalan ke luar Jordan. Alhamdulillah aku sudah jejak kaki ke Madinah dan Mekah buat kali kedua yang mana kali pertama aku menunaikan ibadah umrah dan yang kedua aku menunaikan haji. Aku juga sudah ke Mesir, itu sekali, ke Syria sudah tiga kali dan ke Turki sudah dua kali. Cuma di Lubnan tak tahu bila. Sekiranya di Palestin bebas dari cengkaman Israel, sudah tentu aku dapat jejak dan ziarah ke Masjid Aqsa. Sekiranya Iraq selamat, sudah tentu aku juga ke sana.

Balik kepada cerita, Petra. Sedikit pengenalan tentang Petra yang aku tahu. Sebuah ibu kota peninggalan kaum Nabataeans yang bertapak sejak 2000tahun yang lalu. Petra terletak di sebelah barat daya kota Jordan, sekitar 262 km sebelah selatan Amman dan 133 km sebelah utara Aqaba. Bukit-bukit, gunung-gunung dipahat dan dijadikan tempat tinggal, bangunan-banguna. Sungguh takjub. Kaum Nabataean sangat mahir dalam seni bina dan mengukir. Memang tidak dapat dibayangkan bagaimana teknologi mereka sungguh canggih sehingga dapat memotong batu dengan halus hasilnya, memanjat gunung-gunung yang tinggi ,sangat curam dan bahaya itu, mengukir menjadi bentuk yang sama ukurannya dengan yang lain. Bagaimana pula arkiteknya pula? Tentu arkitek yang termahsyur bukan?

Sebelum melalui ke bangunan yang pertama, kita akan melalui lorong-lorong sepanjang 1 kilometer di antara tebing-tebing gunung yang tingginya 8o meter. Di lorong-lorong itu kita akan melihat sendiri corak-corak warna yang cantik. Subhanallah.. Kemudian di akhir lorong tersebut  kita akan lihat gerbang utama yang dipahat ukir di gunung bertentangan dengan lorong keluar tadi. Sungguh indah. El-Khazneh namanya. Laluan tadi seolah-olah dirancang dengan hebat. Ibu kota ini di susun dengan atur. Mempunyai saliran , mahkamah, coloseum, makam-makan raja, dan tempat tinggal yang teratur. Hebat..Wajarlah Petra tersenarai menjadi ‘The New Seven Wonder World’. Anda boleh lihat di sini.

Di sana kita boleh mengambil kesempatan untuk menaiki kuda atau keldai. Terapat ramai Arab Badwi yang tinggal menetap di sana. Mereka menjual cenderamata Petra dan menyediakan perkhidmatan menaiki kuda serta keldai. Anda boleh lihat sendiri mereka mahir bercakap dalam banyak bahasa. Ramai juga pemuda mereka style seperti Kapten Jack Sparrow. Anak-anak mereka tidak berkasut berjalan di padang pasir. Kekadang aku terfikir, bagaimana mereka boleh hidup dengan kurang sumber airnya, hidup di padang pasir yang tandus ni. Sedang orang asli kita di Malaysia sudah semestinya akan berkampung di tepi-tepi sungai sebagai sumber air, hidup di hutan yang mempunyai sumber makanan, mendapatkan hasil hutan dan sebagainya.

Salam..Selamat pulang kepada kawan-kawan yang baru pulang dari Malaysia, dan selamat bersekolah.

Sekarang ni sudah ramai pelajar Malaysia yang sambung ke Jordan mengikut bidang masing-masing. Apabila sudah ramai bilangannya, maka banyaklah pula ragamnya.

Perlu diingatkan bahawa keluarga kita jauh nun di Malaysia sana, tiada yang menjaga kita di sini, tiada siapa yang memantau, menegur kita di sini melaiankan kawan-kawan, senior-senior, dan pihak MSD serta kedutaan sendiri. Kita hidup di perantauan sungguh asing dengan cara kehidupan kita di tanah air. Di sini memerlukan kita untuk berdikari, belajar mengurus diri sendiri, kuat semangat dan sebagainya.

Aku bawa contoh, seperti di Malaysia, kita kaya dengan air bukan. Malaysia punya sumber air yang cukup dan selesa untuk kita mandi-mandi dengan riang-ria, basuh kereta, main air, pasang pili air besar-besar. Tiada masalah dalam pengunaan air seharian kita di Malaysia bukan? Tapi perlu dilihat di sini, di sini cukup berbeza. Air seminggu sekali baru naik. Mandi perlu diminimakan, pengunaan air perlu berjimat, kerana Jordan mempunyai masalah air yang cukup teruk. Anda boleh bayangkan tak bagaimana mereka di sini boleh mengambil wuduk hanya berbekalkan sebotol mineral water botol saiz kecil? Anda boleh bayangkan bagaimana mereka di sini basuh kereta dengan mengunakan air yang cukup-cukup minima penggunaannya, hanya sebaldi air sahaja? Kita rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan nikmat air. Itu baru satu contoh sahaja yang aku bawa. Tapi cukuplah untuk kita di sini, khusus kawan-kawan baru, adik-adik baru untuk cuba ubah cara hidup kita kita di sini. Jimat air, guna dengan baik, jangan membazir.

Itu tentang air. Aku mahu kita semua termasuk diriku juga untuk menilai dan muhasabah balik diri kita ini. Jangan kita salahkan diri bahawa kita adalah keturunan yang berasal dari keturunan yang sememangnya cakap besar, mulut lazer dan seangkatan dengannya. Jangan pula kita bangga dengan mulut kita yang sememangnya kita adalah cakap besar, mulut lazer. Kita perlu faham hati dan perasaan orang lain. Mungkin cara cakap kita akan tersentuh hati seseorang. Kita perlu ingat, lain hati, lain sensitifnya seseorang tu. Kita tidak sama dengan dia, dia juga tidak sama dengan kita. Jaga bahasa cakap kita. Jangan main lepas sahaja. Kita di sini bukannya hidup seorang sahaja, tapi hidup dalam kelompok mahasiswa yang masing-masing saling memerlukan.

Kita juga perlu ingat, semua bentuk pertolongan di sini baik dari segi penempatan, daftar jameah, urusan iqomah dan sebagainya itu adalah kerja-kerja ikhlas dan tanggungjawab persatuan dan MSD. Memang itu tanggungjawab mereka, tetapi kita perlu memberikan sokongan padu yang baik, tidak mudah melenting, tabah menerima seadanya, dan tidak mudah merungut. Cuba untuk faham kerja-kerja mereka itu. Bagaimana pula sekiranya kita di tempat mereka? Mampukah kita untuk menghadapi dalam menguruskan urusan iqomah misalannya? Mampukah kita selesaikan urusan daftar jameah ni? Dengan kerenah sikap arab Jordan ini yang agak ‘malas’ dan beralasan bermacama-macam. Itu cukup sekadar dua contoh aku beri, tak perlu sepuluh. Itu pun belum tentu kita dapat uruskan dengan baik bukan? Jadi, sabar itu perlu ada, sokongan padu perlu ada, berterima kasih juga perlu ada pada mereka yang menguruskan kita di sini. Mungkin suatu hari nanti anda pula duduk di tempat tersebut bagi menguruskan kerja-kerja itu.

Seperkara lagi, kita di sini mempunyai pelbagai latarbelakang yang cukup berbeza. Ada yang punya pangkat usia yang tua, muda, dan dari segi ilmu juga berbeza, dari segi pengalaman itu juga berbeza. Apa yang penting di sini kita perlu saling hormat-menghormati. Mana yang senior, mana yang junior. Mana yang berusia tua, mana yang muda, Itu perlu dijaga. Jangan nanti diri kita dibenci orang, lalu dipulau biar bersendirian.

Baiklah, cukup sekadar itu sahaja coretan aku. Harap kita sama-sama mengambil pedoman. Selamat bersekolah kawan-kawan.

p/s:- Sekadar luahan pendapat serta nasihat untuk kita bersama.

Kami KIDR

Salam Aidilfitri..

Puasa dan raya aku di Jordan ini merupakan kali ketiga. Puasa di sini bagiku tidak semeriah seperti di negara arab yang lain. Di Mesir meriah, di Mekah Madinah usah di kata, Syria juga meriah. Mungkin suasana di Mu’tah sahaja begitu aku rasa. Mungkin di Amman, Irbid meriah aku rasa. Tapi di Mafraq sepanjang aku ziarah kawan-kawan di sana, malamnya meriah.

Tahun ni ramai pelajar baru sambung ke Jordan. Di jangka Irbid sahaja seramai 200 orang, manakala di Mafraq 70 orang dan di Mu’tah seramai 100 orang. Pelajar-pelajar baru yang sambung ke sini aku ucapkan Ahlan wa Sahlan. Moga kalian tabah dan berjaya dalam bidang pelajaran masing-masing.

Tahun ni di sebabkan ramai kawan-kawan yang pulang ke Malaysia untuk bercuti puasa  dan raya bersama keluarga, jadi kami yang tinggal ni la temankan adik-adik, dan kawan-kawan yang baru ni. Kita beraya bersama.

Raya di sini tidaklah semeriah raya di Malaysia. Tiada lemang, tiada ketupat, jauh dari keluarga, tradisi duit raya juga tiada. Raya dengan arab di sini cukup simple. Selesai sahaja solat sunat raya, mereka akan pulang  ke rumah masing-masing cuti seperti kebiasaan. Kedai-kedai akan lengang.

Sekiranya ada tamu yang datang, mereka akan hidangkan tetamu dengan syai (teh), kemudian gahwah arobi (kopi arab), dan halawiat (manisan). Baju raya mereka tak ada. Mereka pakai ala-ala eropah. Dengan bergaya kasut hitam kilat, kot, bertali leher, berkaca mata hitam, telefon bimbit di tangan bersama rokok itu menjadi kemestian. Hanya golongan tua sahaja memakai jubah, igal dan juga kot. Anda boleh bayang tak bagaimana keadaannya?huhu..

~selamat hari raya buat keluarga dan sanak-saudara nun di tanah air, guru-guru, kawan-kawan..Maaf zahir batin. Doakan kejayaan yang cemerlang untuk ku di sini, amenn~

Kad Raya 1

Kad Raya 2

Kad Raya 3

Salam Alaik..

Sekarang kita berada di bulan baik, bulan mulia, bulan yang penuh dengan berkat. Itulah ia, Ramadhan Al-Mubarak. Salam Ramadhan kepada semua. Moga bulan ini kita lebih baik berbanding tahun lepas. Sempena bulan puasa ini saya memohon maaf sekiranya saya ada melakukan salah silap pada kalian.Kat atas tu kad puasa khas untuk kalian. Siapa nak boleh klik dan simpan.

Sekarang ni saya dalam musim cuti semester yang panjang. Rata-rata cuti ni kawan-kawan mengambil peluang untuk pulang berpuasa dan raya bersama keluarga. Sekarang ni bilangan kawan-kawan yang tinggal hanya sedikit bilangannya.

Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan kali ketiga saya puasa di Jordan. Keluarga jauh nun di Malaysia. Saya tidak balik bercuti seperti kawan-kawan, saya rasa lebih baik saya memilih untuk tidak balik. Mahu puasa di sini. InsyaAllah ini merupakan Ramadhan saya yang terakhir di Jordan kerana saya akan habis pada awal tahun depan. Jadi saya tidak tahu bila lagi saya akan berpuasa di sini (Jordan) lagi. Doakan saya habis belajar sem awal ini eh dengan membawa kejayaan. Terima kasih semua :)

Seperti kebiasaan, di tanah Jordan ini akan muncul ‘kuih’ setahun sekali je, ha itu pun time puasa je yang mereka panggil namanya kataef. Ha apa itu kuih tersebut, silalah baca di post saya yang lepas di sini.

p/s:- tak tahu nak taip apa lagi dah. Tak ada idea. Kalau sesiapa ada idea sila berikan cadangan di ‘peti komen’ eh. Terima kasih

8 Ogos 2009 hari Sabtu, yang bertempat di bangunan rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Amman, baru-baru ni satu lawatan kerja dari delegasi Negeri Perak ke Jordan. Lawatan kerja yang bermula dari Mesir kemudian ke Jordan dan terakhir ke Syria. Lawatan kerja ini melibatkan anak-anak Perak yang belajar di Timur Tengah bagi melihat sendiri dan berdialog berkenaan tentang masalah anak Perak di sini.

Sekalung penghargaan kepada Dato Dr. Abdul Rahman Bin Hashim (Setiausaha Kerajaan Negeri Perak), Dato Ahmad Kamal Bin Md Shahid (Penasihat Undang-Undang Negeri Perak), Dato Jamalludin Al Amini Bin Hj Ahmad (Pegawai Kewangan Negeri Perak), Mr Mohammad Zahir Bin Abdul Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi), Datuk Mohd Najmuddin Bin Elias Al-Hafiz (Penasihat Agama kepada Menteri Besar Perak merangkap ADUN Batu Kurau), Tan Sri Harussani Bin Hj Zakaria (S.S Mufti Kerajaan Negeri Perak), Pn. Sri Ainon Bin Abd Ghani, Dato Mohamah Nor Bin Mansor (Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak), Dato Zainal Abidin Bin Omar (Pengarah Pembangunan Negeri Perak), Dato Mohd Hafarizam Bin Harun (Peguam Tetuan Wan & Aishah Mubarak), Dato Rosli Bin Husin (ADUN Behrang), Datuk Mohd Tarmizi Bin Idris (ADUN Kenering), Dato Rusnah Bt. Kassim (ADUN Hulu Kinta), Mr Jamaluddin Bin Mohd Radzi (ADUN Behrang), Mr Mohd Osman Bin Mohd Jailu (ADUN Changkat Jering), Mr Azhar Bin Ahmad (Pegawai Khas kepada Menteri Besar), Dato Ir. Safry Kamal Bin Ahmad (Pengarah JKR Negeri Perak), Dato Abdul Aziz Khan Bin Abdul Khayum Khan (Pengurus Syarikat A&A Carpet Sdn. Bhd), Mr Mohd Nizam Bin Mohd Hassan kerana sudi datang menziarahi kami, anak-anak Perak yang belajar di sini.

Lawatan ini juga membuka ruang bagi memperkenalkan barisan baru Badan Kebajikan Anak Perak Jordan sesi 2009/2010 kepada pihak Kerajaan Perak sendiri. Moga barisan baru BKAPJ kali ini meneruskan agenda menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Saya akan menyokong sepenuhnya dan cuba memberikan komitmen yang padu pada kalian.

Diharapkan pertemuan ini merupakan satu peluang untuk membina semangat dan motivasi kepada kami dalam meneruskan cita-cita kami hingga ke puncak jaya. Doakan kami moga berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di mata masyarakat.

Salam Comel buat kalian semua.

31hb ogos 2009 merupakan hari terakhirnya sesi perkhidmatan untuk pimpinan Badan Kebajikan Anak Perak Jordan 0809. 31hb, lepas Jumaat telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 BKAPJ0809 yang bertempat di Bayt Muhseneen, Irbid. Dirasmikan oleh Tuan Presiden MPPM0910 yang baru, Saudara Ahmad Syahrul b Adnan.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9 ini berjalan dengan lancarnya walaupun dalam keadaan bersederhana. Alhamdulillah. Dengan kehadiran seramai 57 orang sudah mencukupi korum untuk berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan BKAPJ ini. Tahniah pada mereka yang hadir.

Sejarah Ringkas BKAPJ

Saya akan menceritakan sedikit sejarah awal BKAPJ ini. Pada 17hb Februari 1995 satu bdan penaja telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh saudara Ahmad Husni Hj. Hassan, untuk pengetahuan kalian, beliau merupakan lucture saya di Kolej Islam Perak Darul Ridzuan dahulu. Pada awal penubuhan beliau telah merangka draf perlembagaan dan penubuhan satu persatuan rasmi bagi pelajar-pelajar anak Perak di Jordan. Pelbagai jenis rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak badan penaja dalam merangka draf perlembagaan dan dasar persatuan yang bakal ditubuh nanti sehingga memakan masa hampir satu tahun tiga bulan. Lama juga tu.

Alhamdulillah berkat doa, kekuatan dan keazaman yang tinggi, akhirnya badan penaja dapat merealisasikan impian setiap pelajar anak Perak untuk melihat satu persatuan rasmi yang telah dipersetujui namanya dengan Ikatan Mahasiswa Perak Jordan dengan nama ringkasnya IMPJ. Persatuan ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 4 Mei 1996 bersamaan 15 Zulkaedah 1416H pada haru Khamis bertempat di Dewan Khalil bin Ahmad Farahidi di University of Jordan iaitu hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan IMPJ.

IMPJ ini bermotokan ‘Berilmu, Beramal dan Bertaqwa”. Nama pertubuhan terpaksa ditukar pada 1999 kepada Badan Kebajikan Anak Perak Jordan atau nama ringkasnya BKAPJ. Nama ini telah memenuhi salah satu kreateria syarat sebagai penubuhan rasmi. Seterusnya para ahli telah mengarahkan urusan pengiktirafan ini kepada Jawatankuasa Penaja BKAPJ dalam merangka sekali lagi draf perlembagaan BKAPJ tanpa membuat pembubaran IMPJ. Tindakan ini dilakukan sebagai menghargai sumbangan perintis IMPJ yang telah menyatupadukan anak-anak Perak di Jordan ini dalam sebuah keluarga.

Family Day BKAPJ

Keesokan harinya pula iaitu 1hb Ogos 2009 telah berlangsungnya Family Day BKAPJ yang bertempat di Dibeen Forest, Jerash, salah sebuah hutan yang dilingung dan dijaga oleh Kerajaan Jordan. Ini je la satu-satunya hutan yang ada di Jordan ni. Baiklah, saya bukannya nak cerita pasal hutan tunggal Jordan ni. Balik-balik pada tajuk asal.

Family Day. Perjalanan dari Irbid ke Dibeen Forest ni memakan masa selama 45minit lebih. Sebagai permulaan, ucapan dari YDP BKAPJ yang baru, penyerahan topi lebihan semasa program BKAPJ sesi 0708. Kemudiannya pecahan agihan kumpulan yang diasingkan akhwat dan syabab. Aktiviti berjalan dengan lancar. Selepas makan dan solat serta sedikit majlis perasmian oleh Ust. Arman yang turut hadir oleh En. Azmer dan seorang rakannya. Kemudain aktiviti diteruskan dengan aktiviti ‘cari harta karun’.

group ZEBRA group JUJUR

Syabas dan terima kasih kepada ahli kumpulan JUJUR dan juga ZEBRA yang berjaya bekerjasama memberikan komitmen yang gitu kepada saya sebagai mengetuai kumpulan ini sehingga ke garisan tamat. Korang semua memang sempoi. Tahniah!!

Sekilas Pandang

Sewaktu saya dilantik menjadi Setiausaha Agung BKAPJ, saya merasakan amanah ini betul-betul berat. Yelah, tugasan sebagai setiausaha bagi sebuah persatuan yang besar ni bukan mudah. Memang betul-betul berat. Tapi saya tabahkan dengan harapan ia dapat memberikan input yang baik kepada saya kelak. Saya akan lakukan yang terbaik, walaupun saya sebenarnya berat untuk menerimanya.

Serius saya katakan selepas saya dilantik menjadi Setiausaha Agung BKAPJ sesi 0809 yang lalu, saya telah dilantik menjadi Ketua Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MPPM 0809, saya hanya banyak tumpu dengan MPPM sahaja sehingga saya banyak terlepas pandang BKAPJ. Namun begitu, saya dapat diringankan dengan bantuan dari timbalan Setiausaha saya ni. Terima kasih banyak-banyak. Kami agihkan bidang tugas masing-masing supaya melancarkan urusan Jabatan Kesetiausahaan ini.

  • Yang Dipertua.

Beliau adalah kawan baik dan kawan baik saya sejak dibangku sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan sehinggalah ke universiti kini. Kami juga tinggal dalam satu taman yang sama. Beliau mempunyai gaya pimpinan yang tersendiri. Beliau ada kemahiran yang tersendiri.

  • Timbalan Yang Dipertua

Nama diberi Munir. Saya mula kenal dengan beliau semasa program KARISMA yang berlangsung di Irbid yang mana Sheikh Fahmi bawa kami makan sama-sama di Mandi Yamani sebuah kedai makan yang terkenal dikalangan pelajar Melayu di Irbid. Beliau ni bakal seorang doktor yang berjaya stu hari nanti. Mempunyai perwatakan yang aku kira hebat. Saya kesian kepada belia kerana pada sesi 0809, beliaulah seoarang sahaja AMT yang berada di Irbid. Walaubagaimana pun saya selalu juga turun ke Irbid bertemu sendiri dengan beliau bagi berkongsi cerita atau apa-apa masalah berkaitan dengan BKAPJ. Dia seorang memberikan komitmen dalam mana-mana program BKAPJ. Beliau jugalah yang banyak mendahulukan duit bagi menjalankan beberapa program atau aktiviti berbentuk kerjasama dengan mana-mana Persatuan Zon mahupun mana-mana BKAN. Beliau memang sporting orangnya. Terima kasih bag kerjasama yang gitu pada aku Mun. Seronok kenal dengan ko. Ha jaga ahli-ahli kita di Irbid dan Mafraq tau. Kalau ada apa-apa problem, jangan pendam tau, cerita la kat aku sama.huhuhu…

  • Naib Timbalan Dipertua

Kakak Afrah, beliau adalah pangkat kakak. Beliau jugalah yang banyak memberikan kelancaran dan memberikan idea bagi membangunkan BKAPJ ini. Beliau begitu ramah dan menjaga ahli-ahli BKAPJ dikalangan akhwatnya. Saya selesa bekerja dengan beliau. Beliau banyak memberikan idea, menyelesaikan masalah BKAPJ ni. Beliau banyak pengalaman dengan menguruskan organisasi ni. Beliau juga punya watak yang pelik ye tuan-tuan puan-puan semua. hahaha:))

  • Timbalan Setiausaha Agung

Asmida namanya. Kecil molek orangnya. Saya selalu bebankan tugas kepada beliau. Maaflah eh Mida kalau aMz selalu susahkan Mida, banyak sangat kerja yang aMz bagi. Terima kasih membantu dan memahami aMz.

  • Bendahari Agung

Adi Amzar namanya. Beliau ni juga satu taman dengan saya, Taman Meru, Ipoh. Dia juga adalah senior saya di MUC dan merupakan kawan kepada adik saya yang kedua. tak sangka kami boleh bertemu di Jordan ni. Beliau menjalankan tugas yang baik. Mudah untuk disuruh dan diajak berbincang. Dan kini, dia merupakan Yang Dipertua BKAPJ 0910 tau. Ha kalau ikutkan sejarah BKAPJ kan, beliau merupakan orang yang ketiga budak Taman Meru yang menjadi YDP BKAPJ, sebelum ni Sheikh Fahmi (tinggal di Taman Meru) pastu Syafiq Murat, pun budak Taman Meru juga. Teruskan usaha dan menjaga kebajikan ahli-ahli Perak di Jordan ni. Kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan cerita la pada kami yang mantan ni. Lakukan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik eh. Kami sokong kamu.

  • Timbalan Bendahari Agung

Ha beliau ni sempoi. Dari zahirnya beliau begini, tetapi gaya dan perwatakannya agak sempoi dan riang ria rebina. Dia juga merupakan timbalan ketua Biro Akademik & Pembangunan Minda MPPM 0809.

Semua Biro, iaitu Biro Multimedia & Dokumentasi, Biro Ekonomi dan Biro Akademik & Kerohanian. Dan tidak lupa juga kepada Perwakilan setiap Mantiqah. Walaupun perlantikan anda agak lewat, tetapi kalian dapat memberikan komitmen bagi meneruskan beberapa program sepanjang tahun ini. Kita tak punya sumber kewangan yang kukuh, walaubagaimanapun ukhwah kita kuat. Teruskan. Kita dapat lakukan yang termampu. Diharapkan sesi 0910 ini kewangan BKAPJ betul-betul kukuh, dimurahkan rezki  bagi membanyakkan aktiviti, program dan juga menjaga kebajikan ahli Perak di Jordan ini.

Saya merupakan mantan Setiausaha Agung BKAPJ 0809 mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pengarah, AJK-AJK bagi kedua-dua program terakhir BKAPJ 0809 ini dan juga tidak lupa kepada semua ahli BKAPJ. Diharapkan ukhwah kita dipanjangkan dan terus subur sampai bila-bila. Bantu dan berikan kerjasama kepada barisan BKAPJ sesi 0910 yang baru ni. Maju BKAPJ untuk semua!!

Salam Ceria buat kalian semua..

Semalam iaitu 21hb Julai 2009 yang bertempat di Wisma Negeri Sembilan, Mu’tah selepas maghrib telah berlangsungnya satu Majlis Ramah Mesra Bersama Exco-Exco; Pegawai Zakat Selangor. Di dalam rombongan tersebut dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali dan beberapa orang pegawai yang lain. Boleh lihat di sini siapa yang turut hadir.

Sesi lawatan ini sebenarnya bagi menemukan dan menjelaskan hal berkaitan tentang zakat untuk anak-anak Selangor yang belajar di Jordan ini. Namun ia boleh dihadiri juga oleh anak-anak negeri lain untuk bersua muka dengan YB Dato’ Dr. Hasan Ali. Saya tertarik dengan lima perkara yang dinasihatkan oleh beliau kepada mahasiswa Malaysia di Jordan ini. Iaitu sebagai ringkasannya adalah:-

  1. Garaplah ilmu dengan sebaiknya bagi memperlengkapkannya bagi menghadapi masyarakat di Malaysia apabila pulang nanti.
  2. Belajar dan meningkatkan  kemahiran insaniah dalam diri (softskill).
  3. Menggabungkan ilmu naqli dengan ilmu aqli.
  4. Membina daya tahan dan daya juang dalam diri.
  5. Kebolehan mengorganisasi.

Moga apa yang kita dapatkan semalam wahai kawan-kawan dijadikan sebagai motivasi diri untuk terus menjadi mahasiswa yang bermutu bagi memimpin masyarakat di Malaysia nanti. Biarlah kita punya pandangan atau fahaman politik yang berbeza sekali pun yang penting kita mampu membawa dan memimpin masyarakat Malaysia ke jalan yang diredoi Allah Taala. Kita mempunyai matlamat. Biar saya adalah seorang UMNO sekali pun, dan kamu seorang PAS sekali pun, kita adalah kawan. Cuma politik kita sahaja yang berbeza.

p/s: Hmmm ada ke mana-mana budak kita ni yang DAP?

ROQS 2009
Salam Damai dari saya..

Seperti kebiasaan post-post yang lalu saya menggunakan panggilan ‘aku’, kini saya akan membahasakan diri dengan panggilan ’saya’. Itu mungkin lebih sopan rasanya. Terima kasih.

Sebelum saya pergi jauh, saya mengambil kesempatan dengan mengucapkan Salam Israa’ Mi’raj. Peristiwa ini menjadi iktibar persinggahan Rasulullah s.a.w. ke Masjid Al-Aqsa.

Semarak Ruh Perjuangan, itulah tema bagi satu aktiviti berbentuk ceramah yang dianjurkan oleh  Aman Palestin dengan kerjasama Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ), Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ) dan juga Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (MSD).

Program ini bagi saya adalah julung-julung kali diadakan di Jordan di mana penceramah yang datang khas dari Aman Palestin turun bagi memberikan penjelasan dan penerangan berkenaan tentang isu Palestin yang merupakan jiran bagi Jordan ni. Program ini bermula dari Mu’tah kemudian akan ke Mafraq, Amman dan akhirnya ke Irbid yang mana keempat-empat zon di Jordan inilah terdapatnya pelajar-pelajar Malaysia. Program ini saya kira baik bagi menjelaskan isu Palestin yang dari dulu sampailah sekarang masih ditindas teruk oleh Rejim Zionis Israel yang mengaku dengan gaya angkuhnya bahawa itu adalah tanah negara mereka.

Program yang baru sahaja selesai di Mu’tah tadi berjalan dengan baik. Penceramahnya adalah  Mejar Nadzri Bin Musman seorang yang peramah dan perunding wakil dari Aman Palestin bagi memberikan ceramah berkenaan Palestin kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jordan ini. Terima kasih atas tuan bagi menceritakan kepada kami tentang isu ini dan kesanggupan beliau turun bertemu pelajar-pelajar Malaysia di sini yang dahagakan isu-isu semasa sebegini yang mana saya kira memang susah untuk diadakan di sini dari mana-mana pihak sebelum ini atas dasar polisi Jordan yang begitu sensitif berkenaan isu ini.

Saya baca di akhbar-akhbar negara di ruang internet, blog-blog mahasiswa di Malaysia memang begitu bersemangat dalam menyentuh berkenaan isu tersebut, isu Palestin. Memang isu ini tidak lapuk untuk di bincangkan, untuk dikongsi bersama dan diterangkan kepada seluruh masyarakat Islam kerana ia berkaitan dengan tanah suci Islam sendiri dan tempat sejarah bagi umat Islam. Biarlah kita sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa melayu ini pergi membantu rakyat Palestin sedang bangsa Arab sendiri berdiam diri tidak mahu terlibat secara langsung berkaitan dengan negara jirannya itu. Siapa lagi kalau kita umat Islam sendiri kan.

Walaubagaimanapun kita sebagai pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Jordan ini kena akur dan bertindak secara bijak atas sensitiviti berkaitan dengan isu berkenaan kerana dasar polisi negara Jordan ini. Kita buatlah sekadar yang termampu bagi membantu saudara kita nun di sana. Teruskan apa-apa tindakan yang dikira baik bagi membantu mereka. Moga apa yang kita buat ini mendapat meringankan bebanan saudara kita di sana dalam menentang Rejim Zionis itu dan mudah-mudahan Allah Taala membantu mereka-mereka yang berjuang dalam agamanya, amin.

p/s: untuk makluman lanjut tentang program ini bolehlah anda melawat ke link ROQS 2009 ini.

AGM PERMATA 0809-1 (53)

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PERMATA 0809 dan telah bertukar tangan dari tampuk pimpinan yang lama kepada yang baru. Tahniah kepada mereka yang telah menjadi pimpinan PERMATA yang baru ini. Sekalung tahniah juga kepada Saudara Amiruddin dan Saudari Basyirah, menjadi harapan dan kepercayaan ahli-ahli PERMATA memilih kalian bagi meneruskan matlamat serta menerajui PERMATA. Tahniah juga kepada AJK-AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program tahunan ini. Diharap semua ahli PERMATA dapat menerima dan akur segala corak yang akan dibawa oleh pimpinan baru ini dan apa-apa usul serta cadangan yang telah dibahas dalam mesyuarat agung tahunan ini.

Dalam sesi ucapan sulung Tuan Presiden PERMATA 0910 pada majlis penutup Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung di Solah Abasi, Universiti Mu’tah, beliau ada menyatakan bahawa selepas ini segala bentuk kumpulan yang wujud semasa waktu kempen pilihanraya PERMATA baru-baru ini sama ada GA mahupun FOSU dihapuskan serta-merta. Bagi tidak berlakunya  persengketaan di mana-mana pihak. Aku juga masih ingat dalam ucapan beliau mengatakan bahawa semua ahli PERMATA perlu menjaga aset penting PERMATA ini, aset yang dimaksudkan beliau adalah ukhuwwah. Memang diakui ahli-ahli PERMATA ini masih kekal dengan ukhuwwahnya. Ukhuwwah sesama kami terjalin dengan kekuatan dari pimpinan PERMATA juga. Syabas!!

Selaku aku sebagai salah seorang ahli PERMATA, aku mengucapkan tahniah kepada pimpinan-pimpinan PERMATA 0809 yang telah berjaya membawa kepada beberapa kejayaan dan mengekalkan status Mu’tah ini sebagai ‘kampung ukhuwwah’ dibawah pimpinan Mantan Presiden PERMATA 0809 iaitu Saudara Syaheed.

Laman Berikutnya »