Salam Alaik & Salam Sejahtera pada kalian semua..

yuHuuu!!! Apa khabar semua? Sihat ke? Harap kalian semua sihat-sihat semuanya. Hari ni (17hb Ogos 2008) (tapi time aku taip new post ni jam pn dh kul 12.40pg waktu Jordan, kiranya dh 18hb Ogos 2008 la ) aku de 2 paper, pg td jam 8.30 paper Wasoya, pastu jam 11.00pagi paper Asalib Bahas. Hai pening kepala la nk jawab soalan td.ha3…Apa-apa pun aku jawap penuh je, tulis bg penuh jangan tinggal satu apa pun, tapi tak pasti la betul ke salah.ho3…(harap2 semua jawapan betul la & dapat markah yang hebat2, amenn…)

Ok ok hari ni aku nk cerita kan pasal ‘kira’. Ha korang tau tak apa itu kira? Kira ni kalau ikutkan aku la kn, adalah berkaitan dengan membilang. Manakala membilang pula berkaitan dengan mengira.hohoho pening tak? Ha ni la terjadi bila kepala ting tong. Tadi ada idea nk taip, ni pula dah hilang.Hai..apa2 pun aku teruskan juga la taip apa yang patut. Harap korang semua jangan la mengamuk ye atas ketidakpuasan pasal entry kali ni agak pelik sikit. Apa2 pun layannnnnnn…

Hmm ‘kira’…’kira’ ini kita boleh tambah beberapa imbuhan. Seperti contoh, ‘mengira’, selain tu ‘berkira’ , boleh juga jadi ‘pengiraan’ dan sebagainya. Ha aku bukannya nak cerita pasal ‘kira’ ni, sebab ‘kira’ asasnya perkataan ‘kira’ ni sangat luas pengunaannya. So aku cuma ambil salah satu dari perkataan ‘kira’ ni dengan imbuhan ‘ber..’ iaitu ‘berkira’.

Ha korang tau apa itu maksud ‘berkira’. So tak perlulah aku panjang lebarkan maksud ‘berkira’ ni, harap korang semua, eh silap,…harap kalian semua tau apa maksudnya.hiHihi..

So di sini aku nak tanya pada korang la kn, soalannya seperti berikut;-

  1. Adakah patut kita perlu ada orang yang ‘berkira’?
  2. Sebab apa perlu kita ‘berkira’?
  3. Apakah kesan orang yang ‘berkira’ sangat ni?
  4. Agak-agak la kan, korang bengang tak pada orang yang suka ‘berkira’ ni? Sebab apa, sekiranya korang tak bengang, sebab apa pula?
  5. Apa kita nak ajar orang yang suka ‘berkira’ ni?

p/s: Hai aku memang serius sangat, yang aku cukup-cukup tak suka orang yang ‘bekira’ ni. Arghhhhhhhhhhh!! BENCI!!!!! Boleh bla la kalau orang camtu. Kita duduk bermasyarakat, bukannya kita duduk sorang-sorang. Kalau nak duduk sorang-sorang, g la dok hutan nun..