Salam Sejahtera dan Salam Alaik kepada semua rakan-rakan yang sempat membaca entri aku ni..
Ok la, kali ini aku nak menceritakan suatu yang baru. Korang nak tau ke? Baik la, semalam kan 20hb kan, so semalam lah last paper exam aku untuk fasal soifi (summer sem) ini. Start jam 4 petang sampai jam 6 petang. Pastu pula soalannya bukan main hebat susahnya. Pening di kepala ini masih lagi belum hilang dek kesan ‘radioaktif’ imtihan (exam) kali ini. Korang doakan aku ek moga dapat lepas semuanya. Takut la….Pada hari ni juga la kami, student KIDR (Kolej Islam Darul Ridzuan, Perak) ke Jordan menyambut kedatangan student baru dari kolej kami. Disebabkan aku exam petang, dorang pula tiba di mator (airport) Jordan pada jam 4petang (waktu Jordan) kalau waktu Malaysia dalam 9malam, so aku tak dapat la nk sambut dorang di airport tu. Yang sambutnya, syafiQ Murat, ikhwan, sheh Fahmi, Kak Sarah, Akak, k.Yong, Senior angah dan Syahed (anak MB Perak). Yang lain tu de yang tolong masak-masak untuk makan malam nanti, de yang di rumah masing-masing dok lepak dan ada yang exam.

ketibaan student-student baru KIDR ke Jordan

rehat sebentar..
Antara student kami yang datang ke Jordan ni adalah najmi, hafiz omar, amin, din kude, aina, mira, niza, zulaiha, hartini, aimy dan ramlah. Ahlan wasahlan bikum, selamat datang korang ke Jordan ni. Kita teruskan perjuangan kita di sini pula. Moga kita sama-sama berjaya dengan cemerlang dalam menuntut ilmu agama ini, selain tu kita boleh la memperlengkapkan diri dengan ilmu lain yang berfaedah serta menimba pengalaman yang cukup berbeza pengalaman kita di Malaysia.
Hmm masih lagi aku ingat semasa dalam penerbangan,” hai, cam mana la agaknya Jordan ni ek?, nama gah semacam je. Mesti cenggih…dasyat..” Bila tiba je di airport Jordan tu, timbul dalam hati aku ni, “eh! ni ke international airport Jordan?”. Ha kalau korang nak tau, airportnya tak de la canggih sangat. KLIA lagi hebat. Itu pun arab ni bangga-bangga sangat la dengan negara dorang ni. Hai jem-jem. Korang leh tanya kawan-kawan aku di Jordan ni ha.

majlis makan-makan di rumah kami, bayt Heik Nizom

antara yang hadir

Ogos 29, 2008 at 5:41 p08
it’s seem nice to be a senior..n got juniors..hehehe..nnti leh pnggil senior amz..
Ogos 31, 2008 at 5:41 p08
iyo la tu ha jang..